Thursday 28 February 2013

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG BUKIT BESAR 1/2013




Pada 28 Februari 2013 telah diadakan Mesyuarat JKPA 1/2013 bagi PKG Bukit Besar dan PKG Durian Burong di BTPN Terengganu. Satu sesi taklimat bersama KPP BTPN Terengganu telah diadakan pada pukul 9.00, sebelum mesyuarat JKPA bermula pada pukul 12.00 tengahari.
Antara yang dibincangkan oleh KPP dalam taklimat tersebut adalah berhubung dengan status 1Bestarinet sekolah, penarafan iQPSS dan SSQS bagi tahun 2012 serta agenda baru BTPN Terengganu kepada pihak sekolah bagi tahun 2013.

Mesyuarat JKPA dimulakan pada setelah majlis penyampaian sijil Penghargaan kepada sekolah yang berjaya mendapat 5 Bintang bagi iQPSS dan SSQS 2012. Peserta mesyuarat dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Bilik Seminar bagi sekolah ahli PKG Bukit Besar dan Bilik Persidangan bagi sekolah ahli PKG Durian Burong.

Thursday 21 February 2013

PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU SELATAN (PKG BUKIT BESAR DAN PKG DURIAN BURONG)




Pada 20 Februari 2013 telah diadakan Program Pemilihan Tokoh Nilam bagi daerah Kuala Terengganu Selatan, dimana ia melibatkan sekolah-sekolah ahli
bagi PKG Bukit Besar dan PKG Durian Burong. Pertandingan Tokoh Nilam pada kali ini melibatkan 2 kategori iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi
Sekolah Menengah dan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi sekolah rendah.

Pemenang bagi Daerah Kuala Terengganu Selatan terdiri daripada :-

1-Nur Nadirah Bt Ali (Bahasa Melayu SM)   SMKA Sheikh Abdul Malek
2-Nur Sofea Ilham Bt Mohd Shafiee (Bahasa Melayu SR)   SK Gong Kapas

1-Nur Nazeera Bt Mohd Badli (Bahasa Inggeris SM)   SMK Padang Negara
2-Rafeeq Zickry Arief Bin Mohd Fadzli   (Bahasa Inggeris SR)   SK Sultan Sulaiman 2.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang Tokoh Nilam bagi Daerah Kuala Terengganu Selatan.