Pada 29 Oktober 2012 telah diadakan Mesyuarat Pengurusan PKG Daerah Kuala Terengganu untuk kali ke 4. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Tok Jiring dan peserta yang hadir terdiri daripada Pegawai Teknologi Pendidikan 1, Pegawai Teknologi Pendidikan 2 dan Juruteknik Komputer bagi PKG daerah Kuala Terengganu. Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah isu-isu semasa pkg yang belum dan telah diselesaikan, pengurusan kewangan PKG dan SKT PKG Daerah Kuala Terengganu.
Tuesday 30 October 2012
Thursday 18 October 2012
BENGKEL VERIFIKASI DATA i-NILAM DAN i-QPSS SEKOLAH-SEKOLAH AHLI PKG BUKIT BESAR
Pada 17 Oktober 2012 telah diadakan Bengkel Verifikasi Data i-NILAM dan i-QPSS kepada semua sekolah ahli PKG Bukit Besar. Bengkel ini dilaksanakan di bilik mesyuarat dan taklimat telah disampaikan oleh Encik Muhamad Abdah bin Ismail, Pegawai Teknologi Pendidikan 2. Guru-guru yang hadir terdiri daripada guru Nilam dan guru PSS. Pengisian bagi bengkel ini ialah guru-guru didedahkan dengan teknik verifikasi data i-Nilam serta diadakan juga mesyuarat ringkas kepada guru GPM yang hadir.
Subscribe to:
Posts (Atom)